...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 11 May 2015

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 ( TAHAP 1 )

 Isnin- 11 Mei 2015, Alhamdulillah Kem Bestari Solat bagi murid-murid  tahap 1 telah dapat  dilaksanakan dengan baiknya. Dengan kehadiran 55 orang murid dari tahun satu hingga tahun 3 serta 5 orang guru yang bertindak sebagai fasilitator.
 Taklimat ringkas daripada ketua program

 Pendahuluan
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.
Makan tengahari disediakan oleh pihak sekolah


 Objektif

  1. Murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk.
  2. Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
  3. Murid-murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan.
  4. Murid dapat membaca dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.
  5. Murid dapat menunaikan solat secara individu dan jemaah.
Kumpulan Sasaran
Semua murid Tahap 1
Tentatif Pelaksanaan
-Tayangan video wuduk dan solat
-Penerangan Anggota, niat dan cara berwuduk
-Amali wuduk
-Niat Solat dan bacaan solat

 Tayangan video dan menguji kebolehan murid membaca bacaan dalam solat
Amali wuduk mengikut kumpulan bersama fasilitator yang dilantik
 Dalam slot Amali Solat,murid-murid tahap 1 telah dilatih menunaikan solat secara berjemaah. Ini bertujuan untuk melatih murid-murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna pada masa akan datang.


Akhir kalam...terima kasih daun keladi, kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak, sepanjang berlangsungnya KBS bagi Tahap 1..

bUNgA kEMboJA pUTIH BeRSeri
pUtihnYa MelUR DihUjung DaHan
Atas KeRJasamA dAN bANtUAN yANg dibeRI
pUJi SYukuR DAN tErImA KaSIh  kaMI UcaPkan

Kalau MeNjEmuR pApAN pANJANG
bAiK dISuSUN tEgAK bERdiRI
kAlAULah Ada uMur PanJang
Insya-Allah KiTa BeRTeMU laGi


" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "

No comments:

Post a Comment