...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 5 May 2015

KARNIVAL KO AKADEMIK BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH 2015

Karnival Koakademik Bahasa Melayu peringkat Daerah yang berlangsung pada 5 Mei 2015
 ( Selasa ) merupakan aktiviti tahunan PPD Setiu bagi mecungkil bakat baharu sekaligus memberi pendedahan kepada murid dalam usaha menarik minat murid kepada bidang koakademik khasnya, selain memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Antara kategori yang dipertandingkan adalah seperti: Bercerita Tahap 1 dan 2,Pidato dan Pertandingan Sahibba.Karnival tersebut telah diadakan
di SK Sungai Lerek.  

Sekalung Tahniah kepada peserta Bercerita Tahap 1 Adik Wan Nurina Aimi binti Che Wan Ralisyardy kerana berjaya bergelar Naib Johan Daerah Setiu dalam karnival tersebut.Ucapan syabas juga kepada Guru Pembimbing iaitu cikgu Nor Azlah atas kejayaan ini kerana memberi komitmen yang tinggi sepanjang usaha dalam mendidik adik Aimi. Syabas ! terus menggarap bakat-bakat yang ada
" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "

No comments:

Post a Comment