...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 11 October 2015

PROGRAM PERTUKARAN TAKTIKAL BOLA TAMPAR BERSAMA SK LEMBAH JAYA,SETIU

08.10.2015 ( Khamis ) - SKKFST sekali lagi bersedia menyahut cabaran tetamu yang bertandang. Pada kali ini pasukan SK Lembah Jaya datang ke Gelanggang Bola Tampar SKKFST untuk satu program yang dinamakan PROGARM PERTUKARAN TAKTIKAL. Tujuan program tersebut adalah ingin memantapkan lagi taktikal permainan pasukan masing-masing.Selain SKLJ ingin sedikit sebanyak menuntut ilmu daripada SKKFST, memandangkan pasukan SKKFST telah lama berkecimpung dalam sukan ini dan telah banyak mendapat kejayaan demi kejayaan.

Kedatangan tetamu kami sambut dengan senag hati.

Semoga silatulrahim yang dibina akan berkekalan dan sama-sama mencipta kejayaan demi kejayaan.
Terima kasih kerana sudi datang ke tempat kami.

" Kalau Ada Sumur Di Ladang
Boleh Saya Menumpang Mandi
Kalau Ada Umur Panjang
Boleh Kita Berjumpa Lagi "


" SKKFST VS SKLJ "

No comments:

Post a Comment