...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 10 August 2016

BENGKEL MATEMATIK UNTUK CALON UPSR 2016

Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa SKKFST telah berjaya mengadakan Bengkel Matematik UPSR 2016 seperti butiran di bawah:

Tarikh : 10 Ogos 2016
Hari : Rabu
Masa : 9.00 a.m hingga 1.30 pm
Tempat : Makmal Komputer SKKFST

Fasi Jemputan : Encik Arif Rakiman bin Che Puteh (SISC+ Matematik Rendah ),PPD Setiu.
 Selain murid-murid Tahun 6, bengkel turut dihadiri guru Matematik yang mengajar Tahun 6,Pn Siti Rokiah bt Sidek sebagai perkongsian ilmu dalam meningkatkan teknik p&p.  Pengalaman dan ilmu beliau dicurahkan semasa bengkel tersebut. Semoga calon-calon UPSR SKKFST semakin mantap dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi...
Jutaan terima kasih diucapkan kepada En.Arif kerana sudi datang berkongsi ilmu kepada anak-anak SKKFST.Semoga pecutan terakhir sebelum menjelang UPSR yang tidak lama lagi ini dapat dimanfaatkan oleh mereka.


No comments:

Post a Comment