...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 31 August 2016

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2016

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! Sudah menjadi acara tahunan pada setiap kali tarikh keramat 31 OGOS tiba.Sambutan akan diadakan secara besar-besaran dan penuh gilang-gemilang.
Sepanjang Bulan kemerdekaan ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk mencipta buku skrap, menghias kelas tema patriotik,menggayakan pakaian beragam Jalur Gemilang dalam kalangan murid, selain dimeriahkan dengan pertandingan basikal berhias.
Tuan Guru besar, En.Zainuddin bin Dollah dalam ucapan perasmian berkata, program sebegini sedikit sebanyak berjaya menanam nilai kecintaan dalam diri warga sekolah terhadap tanah air dan membuktikan sambutan seperti itu perlu diteruskan di masa akan datang.
Katanya, persiapan dapat dilaksanakan dengan lancar melalui kerjasama warga SKKFST selain mendapat sambutan pihak ibu bapa yang bersemangat membantu anak-anak mereka mencipta baju jalur gemilang yang sangat cantik
.
“Tema Sehati Sejiwa sempena Hari Kebangsaan tahun ini juga merupakan cerminan kepada hasrat kerajaan untuk melihat seluruh rakyat Malaysia bersatu padu tanpa mengira tempat lahir, latar belakang dan jantina.
Guru-guru tidak ketinggalan menunjukkan semangat kemerdekaan dengan pakaian masing-masing.
Kemeriahan barisan hadapan oleh murid-murid pra sekolah yang memperagakan pakaian jalur gemilang yang sangat cantik .
Barisan peserta basikal berhias oleh murid tahap 1 dan tahap 2.
Ucapan perasmian dan nyanyian lagu-lagu patriotik penuh semangat diiringi muzik.
Kategori pakaian beragam jalur gemilang oleh Murid-murid pra.
Antara persembahan oleh murid-murid dan guru serta kakitangan pada hari sambutan.
Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang telah diadakan sepanjang bulan kemerdekaan.TAHNIAH kepada semua yang berjaya.
Majlis diakhiri dengan 3 kali laungan keramat yang begitu bersemangat oleh warga sekolah MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! 
"Semoga semangat  Sehati Sejiwa yang dipupuk dan ditanam akan terus segar dan subur selamanya,” 

No comments:

Post a Comment