...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 7 August 2016

KARNIVAL BOLA TAMPAR JEMPUTAN SEKOLAH KLUSTER SMKA WATANIAH

TARIKH : 5 - 6 OGOS 2016
HARI : JUMAAT - SABTU
TEMPAT : SK KAMPUNG RAJA,BESUT
KEPUTUSAN : JOHAN
UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PASUKAN BOLA TAMPAR LELAKI B11 SKKFST , KERANA TELAH MENJADI JOHAN  DIKEJOHANAN BOLA TAMPAR JEMPUTAN SEKOLAH KLUSTER SMKA WATANIAH YANG BERLANGSUNG HUJUNG MINGGU BARU-BARU INI..

Sehubungan dengan itu, ucapan TAHNIAH DAN SYABAS juga kepada jurulatih-jurulatih serta pengurus-pengurus kepada pasukan bola tampar atas kejayaan tersebut. Semoga kejayaan tersebut akan memberi rangsangan, motivasi dan semangat kepada pasukan yang lain untuk mencipta kejayaan.Pasukan Bola Tampar Lelaki B11 ini juga telah membuktikan bahawa mereka juga mampu bergelar juara walaupun kali pertama turun gelanggang yang besar seperti ini.

No comments:

Post a Comment