...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 8 August 2016

KEM PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS DAN UPSR 2016

Kecemerlangan dalam UPSR menjadi nadi utama bagi SKKFST, Untuk itu satu Kem Pemantapan Bahasa Inggeris Dan Kecemerlangan UPSR telah diadakan pada 4-6 Ogos 2016 bertempat di Scout Inn Telaga Batin, Kuala Terengganu. Antara objektif utama kem tersebut ialah memberi pendedahan kepada murid berkaitan kaedah serta teknik menjawab soalan Sains UPSR. Kem tersebut telah dikendalikan oleh beberapa fasilitator berpengalaman yang dijemput.Terima kasih kepada semua yang terlibat..........
Taklimat dan pendaftaran peserta oleh Sir Wan Izimi bin Wan Md Zin selaku penyelaras program.
Sesi riadah diadakan sekitar kawasan Scout Inn Resort.
Slot pertama Khamis malam malam Jumaat dikendalikan oleh Puan Nurhanis binti Mohd ( SISC+ BI Rendah ) dengan tema " English Is Fun ".Terima kasih diucapkan kepada Puan Nurhanis kerana sudi bersama kami.
Pagi Jumaat - Slot " English Is Fun " dikendalikan oleh Cik Nurul Ain Sakinah binti Hassan & Cik Nur Adila Sakinah binti Hassan bersama Puan Hajjah Rokiah binti Mohamad.Buat pengetahuan semua kedua-dua fasilitator adalah anakanda kepada Puan Hjh Rokiah yang mana masih melanjutkan pengajian dalam bidang masing-masing.Terima kasih diucapkan kerana sudi bersama kami.
Selepas Solat Jumaat - untuk Slot Kerohanian,pengurusan sekolah telah menjemput Ustaz Ahmad Salihin bin Zamri ( Imtiaz, Setiu ) untuk bersama-sama peserta.bukan sahaja ilmu duniawi yang kita perlu serapkan kepada peserta malah ilmu di sana juga perlu dibekalkan.Terima kasih diucapkan kerana sudi bersama kami.
Pendedahan kepada murid berkaitan kaedah serta teknik menjawab soalan Sains UPSR telah disampaikan oleh En.Che Zaidi bin Abu Bakar ( GB SK Bintang ).Semoga calon-calon UPSR mendapat sedikit pencerahan daripada taklimat yang disampaikan.Jutaan terima kasih kepada En.Zaidi kerana sudi datang walaupun dalam keadaan yang kurang sihat.
Hari terakhir peserta kem telah menjalani aktiviti lasak yang telah diaturkan oleh pihak Kem Pengakap  Scout Inn.Daripada aktiviti tersebut, peserta dapat memupuk semangat berpasukan dan kerjasama antara ahli kumpulan disamping melepaskan tekanan belajar terutama peserta tahun 6.
Guru-guru pun tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti lasak "paintball".
Diharapkan para peserta mendapat input yang berguna daripada program ini.Semoga program sebegini dapat memberikan manfaat dan impak yang besar kepada peserta yang telah menyertainya.Terima kasih kepada semua yang telah terlibat samada secara langsung dan tidak langsung.In Shaa Allah...kita jumpa lagi dilain masa....


 


No comments:

Post a Comment