...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 17 January 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2016

14 Januari 2016 ( Khamis ) - Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SKKFST telah diadakan diawal pagi yang damai dimulakan dengan acara senamrobik seawal jam 8.00 pagi diketuai oleh Cikgu Siti Fasha & Pn.Juliza ( EIO ) yang bertindak sebagai koordinator senamrobik. Acara ini berlangsung hampir setengah jam yang melibatkan kesemua pelajar dan guru  serta warga sekolah. 
Setelah selesai sesi senamrobik kesemua pelajar berkumpul dipadang mengikut rumah sukan masing-masing untuk memulakan acara merentas desa bagi kategori Lelaki dan Perempuan Tahap 1, katerogori Lelaki dan Perempuan Tahap 2, Pemenang acara ini akan mewakili sekolah ke kejohanan merentas desa peringkat daerah Setiu 2016.
Kesemua acara berlangsung dengan jayanya tanpa berlakunya sebarang kemalangan ataupun kejadian yang tidak diingini. Acara tamat pada jam 10.30 pagi.
Acara senamrobik selama hampir setengah jam
Taklimat oleh cikgu Md Hesham sebelum murid memulakan larian



Peserta dilepaskan mengikut kategori masing-masing oleh Tuan Guru Besar

Antara aksi-aksi peserta larian merentas desa

pegawai-pegawai trek yang bertugas menjaga keselamatan peserta

Berdebar-debar menanti keputusan sementara AJK hadiah menyusun hadiah mengikut kategori




Penyampaian hadiah mengikut kategori masing-masing yang dipertandingkan oleh Tuan Guru Besar.TAHNIAH dan SYABAS kepada semua pemenang.

 Inilah wajah-wajah pemenang yang berjaya menamatkan larian merentas desa 2016.

" Semarakkan Semangat Membara "

No comments:

Post a Comment