...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 10 January 2016

MAJLIS SEKALUNG BUDI DAN LAMBAIAN KASIH

Pada 06 Januari 2016 (Rabu) SKKFST telah mengadakan Majlis Sekalung Budi Lambaian Kasih sempena pertukaran 2 orang guru SKKFST iaitu Pn Rosliwati binti Sidik Ahmad dan Pn Maheran binti Muda.Majlis pada petang itu turut dihadiri oleh AJK-AJK PIBK serta Pngurus-Pengurus Ladang yang berdekatan.Majlis yang serba sederhana itu diadakan di Lake Kenyir Resort & Spa bermula 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang


Ucapan Guru Besar,YDP PIBK dan insan yang dirai

Antara jemputan VIP yang hadir ialah Pengurus Ladang Fikri, Pengurus Kilang Sawit Sungai Tong dan Pengurus Ladang Tayor.

hadiah tanda kenang-kenangan daripada pihak sekolah dan individu kepada yang dirai.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan petang.

Suasana di Lake Kenyir Resort & Spa yang sempat admin snap.Sangat cantik dan mendamaikan.

Semoga jumpa lagi...Terima kasih kepada yang hadir memeriahkan majlis pada petang itu.

No comments:

Post a Comment