...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Tuesday, 5 January 2016

AMANAT TERAKHIR




Pagi ini, 06 Jan 2016…adalah merupakan majlis terakhir bersama-sama murid SKKFST bagi Pn Rosliwati binti Sidik Ahmad, Mantan PK Pentadbiran,beliau menyampaikan ucapan dalam suasana yang sangat sedih. Agak terharu  mendengar pesanan-pesanan terakhir tokoh SKKFST yang banyak mengubah perjalanan SKKFST selama 20 tahun ini.

Titipan dan kenangan beliau semakin mendekati garisan terakhir. Ibarat satu perjalanan yang jauh dan lama, 20 tahun dipersada pendidikan yang penuh cabaran dan halangan, akhirnya Januari  2016  menyaksikan langkah tersebut menemui penamatnya..
Sebagai insan yang disayangi dan dihormati di SKKFST, pandangan dan pendapat beliau telah menjadi trend atau ikutan di sekolah ini.
Kini sekali lagi Warga SKKFST akan kehilangan seorang tokoh yang disegani atas ketinggian prinsip dan keperibadian beliau.


 Ucapan daripada wakil murid kepada mantan PK 1


No comments:

Post a Comment