...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 4 January 2016

TERIMA KASIH...SELAMAT JALAN...SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU

Sesi persekolahan tahun 2016 menyaksikan SKKFST telah  kehilangan 2 orang guru yang sangat berpengalaman iaitu PN.ROSLIWATI BINTI SIDIK AHMAD selaku Penolong Kanan Pentadbiran  dan PN.MAHERAN BINTI MUDA selaku Penyelia Petang. Kedua-dua guru ini bukanlah  asing dalam pentadbiran SKKFST sejak lebih 20 tahun lalu.
Berpewatakan bersahaja dan merendah diri serta sangat mesra, Pn Rosliwati Sidik Ahmad telah memulakan tugas di SKKFST sejak 20 tahun yang lalu. Setelah menabur bakti beliau kepada anak-anak Ladang Fikri, beliau akhirnya dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar Di SK Seri Langkap bermula 02 Januari 2016.

Pn. Maheran binti Muda juga merupakan orang lama dikalangan penduduk Ladang Fikri.Mula bertugas di SKKFST  sejak 01 Februari 1999. Beliau adalah Penyelia bagi Kelas KAFA  di sini sejak dulu sehinggalah bertukar ke SK Kedai Buloh bermula 01 Januari 2016.

Warga SKKFST merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang berpindah atas segala sumbangan, keringat dan jasa yang telah dicurahkan dalam sama-sama membangunkan SKKFST mencapai misi dan visinya. Semoga sukses di tempat baru dengan suasana baru, persekitaran baru dan rakan sekerja yang baru tanpa melupakan kenangan di SKKFST yang tercinta.

No comments:

Post a Comment