...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 17 January 2016

SAMBUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2016

TARIKH        :  07 JANUARI 2016
HARI              : Khamis
MASA             : 11.30 pg - 12.45 Tgh
TEMPAT        : Kantin SKKFST

OBJEKTIF

  1. Menilai dan menghargai pengorbanan rasul junjungan mulia dalam menyebarkan agama Islam.
  2. Murid dapat menghayati  dan mengetahui perjalanan sirah Nabi Muhammad SAW.
  3. Murid dapat mengamalkan keperibadian Rasulullah SAW.
  4. Murid dapat mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW.
SK Kampung Fikri n( Sg Tong ) telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada hari khamis yang lepas. Sambutan yang ringkas ini merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah SAW,  perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga kepada baginda, sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda di dalam Al-Quran : “Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia “ ( Al-Qalam ayat 4 ).Pelaksanaan ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Di samping itu, menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh Rasulullah.Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Selawat ke atas Rasul, pertandingan mewarna bagi murid tahap 1 dan pertandingan melukis poster bagi murid tahap 2. Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.
Pemenang mewarna kategori prasekolah
Pertandingan mewarna kategori tahap 1
Pertandingan melukis poster kategori tahap 2
sama-sama selawat memuji ke atas Nabi mulia Muhammad S.A.W
Bilik Juri - sedang memilih yang terbaik antara yang terbaik
Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Diiringi GPK Koku
Inilah wajah-wajah pemenang dalam setiap kategori yang dipertandingkan pada sambutan maulidur rasul tahun ini. TAHNIAH!!!

No comments:

Post a Comment